Wednesday, December 19, 2012

Hasil Gaharu Inokulasi Paku Buluh

Gambar yang dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ini menunjukan keratan rentas pada batang karas yang telah berjaya menghasilkan gaharu matang dalam masa 18 bulan. Kelihatan paku buluh masih terlekat pada batang pokok karas dimana gaharu dihasikan di sekeliling paku buluh atau bamboo stick yang mengandungi mikrob  setelah dirawat sebelum digunakan.

Kelihatan bentuk gaharu yang dihasikan menyami bentuk gaharu yang dihasikan secara semula jadi pada pokok gaharu yang tumbuh secara liar. Gaharu bentuk ini lebih diminati pembeli kerana gaharu bentuk ini telah diurusniaga sebelum pokok karas ditanam secara kebun atau ladang.

Penemuan teknik ini memberi harapan baru kepada industri pekebunan atau perladangan gaharu mendapat pulangan kepastian dari setiap pokok karas yang ditanam dapat penghasilan gaharu berkualiti dalam jangka masa yang singkat, disamping senang untuk dipasarkan.

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH


Teknik ini mampu memberi pulangan yang baik kerana 18 bulan setelah inokulasi setiap lubang/stick mampu menghasilkan 20 hingga 30 gm gaharu yang matang. Gambar diatas kelihatan buluh yang dirawat dan siap untuk digunakan dalam proses inokulasi. Gambar kanan bawah pula kelihatan gaharu telah dihasilkan ditempat stick bluh dipaku pada batang pokok karas.

Buluh adalah satu tumbuhan yang sesuai untuk pembiakan mikrob serta mampu menjadi habitat mikrob. Buluh mesti dirawat terlebih dahulu bagi memastikan ia mengandungi mikrob sebelum dicucuk atau di paku ke batang pokok karas.

Info ini dterima daripada Haji Azmi Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu yang mepunyai pengalaman dalam mengurus Pusat Penyelidikan Karas Terengganu di Hutan Simpan Merchang, Terengganu.

Tuesday, December 18, 2012

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH

Teganu Teknologi telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Azmi Nordin Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bagi mendapatkan informasi mengenai teknik terbaru yang berkesan dalam menghasikan gaharu bagi pokok karas yang ditanam. Teknik ini dinanam ' induser bamboo stick' atau teknik paku buluh yang sesuai untuk karas yang ditanam secara kebun atau ladang.

Haji Azmi memaklumkan bahawa kajian mengenai ternik ini telah dijalankan di Vietnam dan telah berjaya memberi pulangan yang baik dalam masa yang singkat. Seterusnya beliau membekalkan kepada Teganu Teknologi banyak keping gambar yang berkaitan dengan teknik ini.sebagaimana gambar salah satu nya sebagaimana  dibawah.


Haji Azmi juga maklumkan teknik ini diaplikasikan dengan menebuk lubang pada batang pokok bersaiz lebih kurang 6 mm dengan jarak antara lubabg antara 4 hingga 6 inci. Bamboo Stick dimasukan kedalam lubang seperti memasukan paku dalam lubang yang didrill. 

Haji Azmi menambah lagi bamboo stick juga boleh terus dipaku pada pokok gaharu kerana batang pokok karas yang lembut. Kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak memerlukan mesin drill bekalan letrik ata membawa jenerator.

Hji Azmi terus memaklummkan bawa hasil gaharu daripada teknik ini mempunyai bentuk yang seakan-akan gaharu yang dihasilkan secara semula jadi yang boleh meningkatkan permintaan dan harga.

Sunday, December 2, 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012, SAMBUTAN HANGAT!!!

MAHA 2012 merupakan satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian, Industri Asas Tani (IAT), Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Pameran terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2012 siri ketujuh ini menyajikan pelbagai tarikan dan program menarik sepanjang 10 hari, acara dwi tahunan anjuran MARDI diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang & menarik jutaan pengunjung yang hadir.

MAHA kali menawarkan pelbagai tarikan baru, antaranya labu paling besar dari Cameron Highlands di Laman Sayur, selain rangka ikan paus Brydes yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah, pada Februari 2011 di Laman Perikanan.

Di Laman Florikultur pula beraneka bunga dihias cantik berkonsepkan taman perkahwinan diwujudkan untuk pasangan pengantin baru untuk merakam saat indah perkahwinan mereka.

Turut menjadi tarikan, lelongan sejuta jagung, lelongan haiwan ternakan dan lelongan sayur-sayuran segar dan sihat.

MAHA 2012 telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak.

 Kelapa  Sawit yang dikahwinkan antara Dura dan Pisifera dan menghasilkan Tenera

Buah yang menarik perhatian di ukir Nama Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak