Sunday, March 31, 2013

LADANG HUTAN TERENGGANU DALAM KAJIAN BIAK INOKULUM SENDIRI

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Perhutanan  mewujudkan ladang gaharu kedua seluas 50 hektar di kawasan Hutan Simpan Mercang, Marang yang boleh memuatkan 40,000 anak pokok gaharu (karas). Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur, projek perintis yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan negeri itu mampu berdaya maju serta berdaya saing kerana permintaan tinggi terhadap pokok ini.
Datuk Seri Haji Ahmad Said

Sehubungan itu pada projek kedua, benih pokok dari spesis `aqilaria malaccensis’ telah ditanam pada awal bulan lalu dan kini kira-kira 20,000 anak pokok selesai ditanam dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi. Tanaman ini mampu memberikan pulangan lumayan, walaupun terpaksa menunggu antara enam atau tujuh tahun baharu boleh mendapatkan hasil. Penjagaannya juga tidak rumit malah boleh ditanam dalam skala kecil dan bila mencapai usia lima tahun akan disuntik dengan sejenis cecair atau dipanggil proses `inokulasi’ untuk memberikan kesakitan dan mengeluarkan resin (dammar). Namun begitu, Jabatan Perhutanan negeri terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan cecair bagi kegunaan pokok gaharu.

Kini  Ladang Hutan dengan kerjasama Terengganu Teknologi telah berada di peringkat awal kejayaan membiak beberapa spesis mikrob yang digunakan untuk inokulasi pohon karas dengan hasrat membantu petani mendapat sumber inokulum dengan harga rendah. Kepada yang berminat mengtahui perkembangan inokulum yang dibiak di Ladang Hutan ini, boleh hubungi Haji Wahab di talian 019-9215552