Wednesday, November 21, 2012

INGIN MENJADI JUTAWAN DALAM MASA 6 TAHUN ?????



Teganu Teknologi telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu yang kebetulan waktu itu beliau baru tiba di Kuala Terengganu dari Vietnam. Beliau maklumkan bahawa YAB. Dato’ Seri Ahmad Said Menteri Besar meminta beliau dan Exco Pertanian mengadakan lawatan kerja ke Vietnam bagi mendapatkan inokulan yang digunakan bagi menghasilkan gaharu. 
Pada malam itu Pengarah Perhutanan  telah membawa balik bersama beliau inokulan-inokulan gaharu daripada Vietnam bagi dicuba kepada pokok-pokok karas di lading Penyelidikan Karas Merchang, Marang. Dalam penelitian Teganu Teknologi, terdapat dua jenis inokulan yang dibawa balik daripada Vietnam ialitu mikrob dan bhan kimia. 

Inokulan daripada mikrob boleh dibiakan kerana ianya terdiri daripada makhluk hidupan seni. Selaras dengan itu Teganu Teknologi telah Berjaya membiakan Mikrob Inokulan yang dibawa balik oleh Pengarah Perhutanan daripada Vietnam itu.  Kepada petani karas yang berminat untuk mendapatkan sampel mikrob inokulan ini boleh menghubungi kami di teganuteknologi@gmail.com
 
Pengarah Perhutan memaklumkan terdapat Syarikat yang berminat untuk membeli pokok-pokok karas dari Ladang Penyelikdikan Jabatan Hutan Terengganu dengan harga tawaran RM 300.00 sepokok. Tambah beliau lagi “ setiap ekar boleh ditanam 600 pokok karas yang dapat dijual dengan harga RM 180,000.00.
Menurut catatan dalam blog jahaniwalit.wordpress.com hanya dengan menanam 1000 pokok gaharu dalam kawasan tanah seluas satu ekar anda mampu bergelar jutawan dalam 5-7 tahun akan datang, yang mana dalam penemuan terbaru  spesis tempatan (Aquilaria Malaccensis) Karas  yang  hanya memerlukan tempoh masa  enam  hingga tujuh tahun untuk. mengeluarkan hasil.

Blog berkenaan juga melaporkan bahawa kaedah rawatan paling berkesan dengan hasil yang telah terbukti. Salepas dirawat selama enam bulan hingga satu tahun hasil boleh dipungut, dengan jangkaan hasil  mencecah Rm 300 satu pokok salepas 3 tahun ditanam dengan diameter 10cm atas Salepas 5tahun, harga pokok sehingga RM500 sepokok Inokulasi :Salepas 2 tahun: 2 kg gred v dan 2kg gred Salepas 3tahun : gred iii dan iv(Rm 8000 -10,000)6 – 10 Tahun : gred I dan ii(Rm 12,000 – 18,000) Minyak gaharu mencecah sehingga RM50,000 seliter.

No comments:

Post a Comment