Tuesday, November 13, 2012

Pusat Penyelidikan Karas Negeri Terengganu (Projek Inokulasi Gaharu)

Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat(tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, oud dan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.

Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menerokai satu bidang kekayaan baru dengan menubuhkan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar dan telah ditanam dengan 40,000 pokok karas. Projek perintis ini diharap akan menjadi satu sumber baru untuk menjana pendapatan hasil negeri disamping menjadi satu projek contoh di Semenanjung Malaysia.

 Satu Pusat Penyelidikan Karas juga telah ditubuhkan bertujuan untuk membuat kajian:-

•Kajian menghasilkan  teknik Inokulen dan Penyulingan
•Kajian lanjut tentang jenis-jenis penyakit dan rawatan
•Kajian lanjut tentang kesesuaian tanah dan jenis pembajaan.
•Kajian untuk menghapuskan A.MANGIUM
•Kajian tentang pulangan masa depan(IRR)

  Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar

 Ladang Karas yang baru di buka untuk tapak semaian Karas

 Tapak Semaian Karas sebelum di pindahkan ke ladang

 Keadaan Ladang Karas yang dijaga & pokok mula di tanam pada 11 april 2011























Buah Karas yang dijadikan sebagai benih pokok semaian


Pokok yang berusia 3 atau 4 tahun di inokulun untuk penghasilan gaharu

Inokulun atau Vaksin yang digunakan untuk menghasilkan gaharu

Pokok Karas yang dikoyak kulit bagi proses inokulasi dengan cara sapuan dibatang pokok

Pokok Candang yang tidak perlu di Inokulasi untuk dapatkan gaharu, di hasilkan secara semulajadi apabila matang






















Pokok yang telah mengeluarkan Gaharu setelah setahun di Inokulasi ditebangkan untuk mendapatkan hasil

Karas yang di tebang menghasilkan Gaharu


Contoh Gaharu yang telah dihasilkan melalui Inokulasi
























Contoh Gaharu yang telah dihasilkan melalui Inokulasi

 Teh Herba yang dihasilkan oleh daun pokok Gaharu