Wednesday, December 19, 2012

Hasil Gaharu Inokulasi Paku Buluh

Gambar yang dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ini menunjukan keratan rentas pada batang karas yang telah berjaya menghasilkan gaharu matang dalam masa 18 bulan. Kelihatan paku buluh masih terlekat pada batang pokok karas dimana gaharu dihasikan di sekeliling paku buluh atau bamboo stick yang mengandungi mikrob  setelah dirawat sebelum digunakan.

Kelihatan bentuk gaharu yang dihasikan menyami bentuk gaharu yang dihasikan secara semula jadi pada pokok gaharu yang tumbuh secara liar. Gaharu bentuk ini lebih diminati pembeli kerana gaharu bentuk ini telah diurusniaga sebelum pokok karas ditanam secara kebun atau ladang.

Penemuan teknik ini memberi harapan baru kepada industri pekebunan atau perladangan gaharu mendapat pulangan kepastian dari setiap pokok karas yang ditanam dapat penghasilan gaharu berkualiti dalam jangka masa yang singkat, disamping senang untuk dipasarkan.

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH


Teknik ini mampu memberi pulangan yang baik kerana 18 bulan setelah inokulasi setiap lubang/stick mampu menghasilkan 20 hingga 30 gm gaharu yang matang. Gambar diatas kelihatan buluh yang dirawat dan siap untuk digunakan dalam proses inokulasi. Gambar kanan bawah pula kelihatan gaharu telah dihasilkan ditempat stick bluh dipaku pada batang pokok karas.

Buluh adalah satu tumbuhan yang sesuai untuk pembiakan mikrob serta mampu menjadi habitat mikrob. Buluh mesti dirawat terlebih dahulu bagi memastikan ia mengandungi mikrob sebelum dicucuk atau di paku ke batang pokok karas.

Info ini dterima daripada Haji Azmi Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu yang mepunyai pengalaman dalam mengurus Pusat Penyelidikan Karas Terengganu di Hutan Simpan Merchang, Terengganu.

Tuesday, December 18, 2012

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH

Teganu Teknologi telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Azmi Nordin Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bagi mendapatkan informasi mengenai teknik terbaru yang berkesan dalam menghasikan gaharu bagi pokok karas yang ditanam. Teknik ini dinanam ' induser bamboo stick' atau teknik paku buluh yang sesuai untuk karas yang ditanam secara kebun atau ladang.

Haji Azmi memaklumkan bahawa kajian mengenai ternik ini telah dijalankan di Vietnam dan telah berjaya memberi pulangan yang baik dalam masa yang singkat. Seterusnya beliau membekalkan kepada Teganu Teknologi banyak keping gambar yang berkaitan dengan teknik ini.sebagaimana gambar salah satu nya sebagaimana  dibawah.


Haji Azmi juga maklumkan teknik ini diaplikasikan dengan menebuk lubang pada batang pokok bersaiz lebih kurang 6 mm dengan jarak antara lubabg antara 4 hingga 6 inci. Bamboo Stick dimasukan kedalam lubang seperti memasukan paku dalam lubang yang didrill. 

Haji Azmi menambah lagi bamboo stick juga boleh terus dipaku pada pokok gaharu kerana batang pokok karas yang lembut. Kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak memerlukan mesin drill bekalan letrik ata membawa jenerator.

Hji Azmi terus memaklummkan bawa hasil gaharu daripada teknik ini mempunyai bentuk yang seakan-akan gaharu yang dihasilkan secara semula jadi yang boleh meningkatkan permintaan dan harga.

Sunday, December 2, 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012, SAMBUTAN HANGAT!!!

MAHA 2012 merupakan satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian, Industri Asas Tani (IAT), Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Pameran terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2012 siri ketujuh ini menyajikan pelbagai tarikan dan program menarik sepanjang 10 hari, acara dwi tahunan anjuran MARDI diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang & menarik jutaan pengunjung yang hadir.

MAHA kali menawarkan pelbagai tarikan baru, antaranya labu paling besar dari Cameron Highlands di Laman Sayur, selain rangka ikan paus Brydes yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah, pada Februari 2011 di Laman Perikanan.

Di Laman Florikultur pula beraneka bunga dihias cantik berkonsepkan taman perkahwinan diwujudkan untuk pasangan pengantin baru untuk merakam saat indah perkahwinan mereka.

Turut menjadi tarikan, lelongan sejuta jagung, lelongan haiwan ternakan dan lelongan sayur-sayuran segar dan sihat.

MAHA 2012 telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak.

 Kelapa  Sawit yang dikahwinkan antara Dura dan Pisifera dan menghasilkan Tenera

Buah yang menarik perhatian di ukir Nama Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak








Friday, November 23, 2012

TEKNIK INOKULASI GAHARU



Generasi Pertama : (1984)*
Mikrob + Serbuk gergaji dimasukan kedalam lubang di batang pokok karas yang ditebuk.

Lubang ditebuk bersaiz besar
-Tutup dgn lilin
-masuk air
-masalah pembusukan
-tidak praktikal
-kejayaan rendah: 40-60%
 

 FIG. 3 DARI VIETNAM

Jenis MIKROB :
Deuteromycota sp.
Ascomycota sp.
Basidiomycota sp.
Peneliti : Prof. Blanchette
Produk : Kit inokulan :USD 70
Hasil gaharu : 200-300 g/pohon
Telah dicoba pada > 1000 pohon
Patent :EP 1 656 944 A1




Teknologi Generasi I telah diperbaharui dan digantikan dengan Generasi II

Generasi Kedua: (2004)
Mikrob + Larutan Cecair gergaji dimasukan kedalam lubang di batang pokok karas yang ditebuk.

Lubang ditebuk bersaiz kecil (3 mm)
q tidak perlu ditutup
q tidak masuk air
q tidak ada pembusukan
q Efektif & Efisien
q kejayaan tinggi : 100%

FAKTUR MENENTUKAN KEJAYAAN INOKULASI

Jenis mikrob yang digunakan
kesihatan pohon
Lingkungan tempat tumbuh
Ukuran diameter batang ( ideal > 30 cm; 15 cm dpt
diinokulasi tp hasil  relatif lebih sedikit)
Kedalaman lubang bor: 1/3 diameter batang (terlalu
dalam à batang busuk)

ALAT BOR BERUKURAN 3mm :
BOLEH GUNA  JARI-JARI ATAU LIDI MOTORSIKAL
-Murah
-Tidak Mudah Patah
- Lubang inokulasi tidak busuk


Wednesday, November 21, 2012

INGIN MENJADI JUTAWAN DALAM MASA 6 TAHUN ?????



Teganu Teknologi telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu yang kebetulan waktu itu beliau baru tiba di Kuala Terengganu dari Vietnam. Beliau maklumkan bahawa YAB. Dato’ Seri Ahmad Said Menteri Besar meminta beliau dan Exco Pertanian mengadakan lawatan kerja ke Vietnam bagi mendapatkan inokulan yang digunakan bagi menghasilkan gaharu. 
Pada malam itu Pengarah Perhutanan  telah membawa balik bersama beliau inokulan-inokulan gaharu daripada Vietnam bagi dicuba kepada pokok-pokok karas di lading Penyelidikan Karas Merchang, Marang. Dalam penelitian Teganu Teknologi, terdapat dua jenis inokulan yang dibawa balik daripada Vietnam ialitu mikrob dan bhan kimia. 

Inokulan daripada mikrob boleh dibiakan kerana ianya terdiri daripada makhluk hidupan seni. Selaras dengan itu Teganu Teknologi telah Berjaya membiakan Mikrob Inokulan yang dibawa balik oleh Pengarah Perhutanan daripada Vietnam itu.  Kepada petani karas yang berminat untuk mendapatkan sampel mikrob inokulan ini boleh menghubungi kami di teganuteknologi@gmail.com
 
Pengarah Perhutan memaklumkan terdapat Syarikat yang berminat untuk membeli pokok-pokok karas dari Ladang Penyelikdikan Jabatan Hutan Terengganu dengan harga tawaran RM 300.00 sepokok. Tambah beliau lagi “ setiap ekar boleh ditanam 600 pokok karas yang dapat dijual dengan harga RM 180,000.00.
Menurut catatan dalam blog jahaniwalit.wordpress.com hanya dengan menanam 1000 pokok gaharu dalam kawasan tanah seluas satu ekar anda mampu bergelar jutawan dalam 5-7 tahun akan datang, yang mana dalam penemuan terbaru  spesis tempatan (Aquilaria Malaccensis) Karas  yang  hanya memerlukan tempoh masa  enam  hingga tujuh tahun untuk. mengeluarkan hasil.

Blog berkenaan juga melaporkan bahawa kaedah rawatan paling berkesan dengan hasil yang telah terbukti. Salepas dirawat selama enam bulan hingga satu tahun hasil boleh dipungut, dengan jangkaan hasil  mencecah Rm 300 satu pokok salepas 3 tahun ditanam dengan diameter 10cm atas Salepas 5tahun, harga pokok sehingga RM500 sepokok Inokulasi :Salepas 2 tahun: 2 kg gred v dan 2kg gred Salepas 3tahun : gred iii dan iv(Rm 8000 -10,000)6 – 10 Tahun : gred I dan ii(Rm 12,000 – 18,000) Minyak gaharu mencecah sehingga RM50,000 seliter.

Saturday, November 17, 2012

BIOTEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN INOKULUN GAHARU

Antara mikrob yang menghasilkan inokulun gaharu ialah Fusarium. Mikrob ini menghasilkan 3 spora tak-kawin, iaitu mikrokonidium, makrokonidium, dan klamidospora. Konidiofor jarang bercabang, tidak membentuk rantai, tanpa sekat, elips-silindris, lurus-lonjong, pendek, dan sederhana. Mikrokonidium mempunyai satu atau dua sel, terdapat jumlah banyak, dan sering dihasilkan pada semua kondisi. Jenis spora ini banyak dijumpai di dalam jaringan tanaman yang diserang. Sementara itu, makrokonidium mempunyai tiga sampai lima sel dan berbentuk lengkung. Jenis spora ini umumnya banyak dijumpai di permuakaan tanaman yang mati karena diserang mikrob ini . Mikrob ini berbentuk gelendong, lonjong, hujung tajam, mempunyai 3-5 bahagian.

Mikrob ini diambil daripada sumbernya dan dibiakan dimakmal dalam media padat sebagaimana di bawah :-




















Seterusnya Mikrob ini diambil  dan dibiakan dalam media cair sebagaimana di bawah :-

Pembiakan mikrob dalam media cair diulang bagi menambahkan kuantitinya sebagaimana di bawah :-
























Seterusnya pembiakan mikrob dalam media cair dilakukan secara fermentasi bagi memperbanyakan  kuantitinya sebagaimana untuk diguna sebagai inukulun menghasilkan gaharu di bawah :-
























Akhirnya mikrob dalam media cair hasil daripada fermentasi dibotolkan bagi tujuan diagihkan kepada petani-petani yang mengusahakan tanaman gaharu sebagaimana di bawah :-

Kepada petani-petani gaharu yang berminat untuk mencuba produk ini bolehlah menghubungi kami di teganuteknologi@gmail.com untuk mendapatkan sampel-sampel atau produk-produk inokulan gaharu bagi diinokulasi di pokok gaharu.

Tuesday, November 13, 2012

Pusat Penyelidikan Karas Negeri Terengganu (Projek Inokulasi Gaharu)

Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat(tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, oud dan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.

Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menerokai satu bidang kekayaan baru dengan menubuhkan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar dan telah ditanam dengan 40,000 pokok karas. Projek perintis ini diharap akan menjadi satu sumber baru untuk menjana pendapatan hasil negeri disamping menjadi satu projek contoh di Semenanjung Malaysia.

 Satu Pusat Penyelidikan Karas juga telah ditubuhkan bertujuan untuk membuat kajian:-

•Kajian menghasilkan  teknik Inokulen dan Penyulingan
•Kajian lanjut tentang jenis-jenis penyakit dan rawatan
•Kajian lanjut tentang kesesuaian tanah dan jenis pembajaan.
•Kajian untuk menghapuskan A.MANGIUM
•Kajian tentang pulangan masa depan(IRR)

  Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang dengan keluasan 47 hektar

 Ladang Karas yang baru di buka untuk tapak semaian Karas

 Tapak Semaian Karas sebelum di pindahkan ke ladang

 Keadaan Ladang Karas yang dijaga & pokok mula di tanam pada 11 april 2011























Buah Karas yang dijadikan sebagai benih pokok semaian


Pokok yang berusia 3 atau 4 tahun di inokulun untuk penghasilan gaharu

Inokulun atau Vaksin yang digunakan untuk menghasilkan gaharu

Pokok Karas yang dikoyak kulit bagi proses inokulasi dengan cara sapuan dibatang pokok

Pokok Candang yang tidak perlu di Inokulasi untuk dapatkan gaharu, di hasilkan secara semulajadi apabila matang






















Pokok yang telah mengeluarkan Gaharu setelah setahun di Inokulasi ditebangkan untuk mendapatkan hasil

Karas yang di tebang menghasilkan Gaharu


Contoh Gaharu yang telah dihasilkan melalui Inokulasi
























Contoh Gaharu yang telah dihasilkan melalui Inokulasi

 Teh Herba yang dihasilkan oleh daun pokok Gaharu

Monday, November 12, 2012

PROJEK INOKULASI GAHARU


Projek Inokulasi Gaharu merupakan Projek dibawah Program Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan Negeri Terengganu, yang telah diperkenalkan oleh Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad B Said, Menteri Besar Terengganu.

Projek ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha Pokok Gaharu di Terengganu untuk mendapatkan khidmat nasihat & bantuan yang diperlukan bagi mempergiatkan lagi penanaman pokok Gaharu yang kini memberi pulangan yang amat tinggi kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat.