Sunday, December 2, 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012, SAMBUTAN HANGAT!!!

MAHA 2012 merupakan satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian, Industri Asas Tani (IAT), Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Pameran terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2012 siri ketujuh ini menyajikan pelbagai tarikan dan program menarik sepanjang 10 hari, acara dwi tahunan anjuran MARDI diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang & menarik jutaan pengunjung yang hadir.

MAHA kali menawarkan pelbagai tarikan baru, antaranya labu paling besar dari Cameron Highlands di Laman Sayur, selain rangka ikan paus Brydes yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah, pada Februari 2011 di Laman Perikanan.

Di Laman Florikultur pula beraneka bunga dihias cantik berkonsepkan taman perkahwinan diwujudkan untuk pasangan pengantin baru untuk merakam saat indah perkahwinan mereka.

Turut menjadi tarikan, lelongan sejuta jagung, lelongan haiwan ternakan dan lelongan sayur-sayuran segar dan sihat.

MAHA 2012 telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak.

 Kelapa  Sawit yang dikahwinkan antara Dura dan Pisifera dan menghasilkan Tenera

Buah yang menarik perhatian di ukir Nama Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak








No comments:

Post a Comment