Tuesday, April 2, 2013

TERENGGANU DALAM PROSES HASIL INOKULUM GAHARU UNTUK BANTU PETANI

Dato' Seri Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu telah mengarahkan Jabatan Perhutanan negeri Terengganu mewujudkan ladang gaharu kedua seluas 50 hektar di kawasan Hutan Simpan Mercang, Marang yang boleh memuatkan 40,000 anak pokok gaharu (karas).Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur, projek perintis yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan negeri itu mampu berdaya maju serta berdaya saing kerana permintaan tinggi terhadap pokok ini.

Sehubungan itu pada projek kedua, benih pokok dari spesis `aqilaria malaccensis’ telah ditanam pada awal bulan lalu dan kini kira-kira 20,000 anak pokok selesai ditanam dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Ahmad maklumkan tujuan penyelidikan ini adalah untuk mendapat maklumat bagi disalurkan teknologi kepada petani memandangkan karas mampu memberikan pulangan lumayan, walaupun terpaksa menunggu antara enam atau tujuh tahun baharu boleh mendapatkan hasil. Penjagaannya juga tidak rumit malah boleh ditanam dalam skala kecil dan bila mencapai usia lima tahun akan disuntik dengan sejenis cecair atau dipanggil proses `inokulasi’ untuk memberikan kesakitan dan mengeluarkan resin (dammar).

Namun begitu, Jabatan Perhutanan negeri terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan inokulun bagi kegunaan pokok gaharu.Selaras dengan itu Pegawai Kanan Jabatan telah mengadakan lawatan ke Vietnam baru-baru ini bagi meninjau penggunaan bahan tersebut di negara berkenaan meninjau petani di Vietnam menggunakan inokulun untuk kegunaan pokok karas dalam menghasilkan gaharu.

Atas dorongan daripada Ahmad, kini Terengganu Teknologi dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri, Pengurusan Ladang Karas telah berada di peringkat awal kejayaan membiak beberapa spisis mikrob yang digunakan untuk inokulasi pohon karas.Kejayaan ini bakal membuka ruang kemudahan kepada petani tempatan mendapat mmenafaat. Kepada yang berminat mengtahui perkembangan inokulum yang dibiak di Ladang Hutan ini, boleh hubungi Haji Wahab di talian 019-9215552

MEMPROSES BAJA ORGANIK BERMIKROB MM UNTUK POKOK KARAS


1. MAKLUMAT ASAS

Baja organik adalah baja campuran yang berasal dari pelbagai  bahan organik (semulajadi) yang telah mengalami proses pereputan, sehingga  menjadi bahan yang mempunyai perbandingan C/N yang rendah hampir C/N Tanah.

Baja organik merupakan baja dengan bahan semulajadi dalam jumlah dan jenis unsur mikro yang terkandung secara semulajadi. Baja organik merupakan bahan merawat tanah yang paling baik berbanding baja kimia yang akhirnya merosakkan tanah.
Baja Organik sangat penting  bagi tanah pertanian antara lain :
a. Memperbaiki sifat  tanah,  menjadi gembur dan dengan pengudaraan dan saliran yang baik.
b. Meningkatkan kesetabilan tanah dan memegang air, sehingga dapat mencegah hakisan.
c. Memperbaiki sifat kimia tanah, ia itu meningkatkan kapasiti kesuburan.
d. Asid umid dapat  membantu meningkatkan proses penguraian mineral.
e. Memperbaiki sifat biologi tanah, iaitu mempercepat pembiakan fungi, bakteria, mikro flora dan mikro fauna tanah dll.

II. MEMPROSES BAJA ORGANIK
a. Bahan-bahan dan alat :
- Tahi lembu sebanyak 300 kg
-  BahanSisa kumbahan kilang sawit/Jerami padi / rumput kering sebangak 200 kg
- Dedak  sebanyak 20 kg
- EM.4/MM1 sebanyak 50 sudu makan
- Gula pasir /Molases sebanyak 20 sudu makan
- Air biasa lebih kurang  20 liter
- Tangki , penebok, parang, sekop
- Kanvas / Pelastik sebagai penutup.
b. Cara Membuat
- Sisa kilang sawit/Jerami padi atau rumput dipotong-potong atau dihancur kecil-kecil dengan ukuran kira-kira 5 - 10 cm .
- Larutkan EM.4/MM1 sebanyak 50 sudu makan dan gula pasir 20 sudu makan kedalam air sebanyak 20 liter , kacau sampai merata.
- Tahi lembu kering  (300 kg) jerami / rumput/limbah sawit  (200 kg) dan dedak  (20 kg) dicampur rata .
- Campuran EM.4/MM1, gula/molasses  dan air sambil dikacau dan siramkan secara perlahan-lahan ke campuran diatas hingga rata.
- Buat busut setinggi 15 - 20 cm diatas lantai.
- Selanjutnya setelah dibuat gundukan tutup dengan plastik atau kanvas lalu diletak atap sebagai perlindungan .
- Periksa suhu busut ( di pantau sehingga 40- 50o C ), bila suhu melebihi diadukkan dan dibalik kemudian tutup kembali.
- Setelah tujuh hari baja organic bermikrob EM sudah jadi dan siap untuk di gunakan.
- Hasil uji makmal:-
PH : 7,02
Kelembapan : 11.24 %
Nitrojan (N) : 0.72 %
Posfat (P2O5) : 0.69 %
Pottasiam (K2O5) : 0.78 %
Karbon (C.Organik) : 6.25 %
C/ N Ratio : 8.68


Baja organik ini sesuai untuk pokok gaharu dan semua tanaman.

Sunday, March 31, 2013

LADANG HUTAN TERENGGANU DALAM KAJIAN BIAK INOKULUM SENDIRI

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Perhutanan  mewujudkan ladang gaharu kedua seluas 50 hektar di kawasan Hutan Simpan Mercang, Marang yang boleh memuatkan 40,000 anak pokok gaharu (karas). Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur, projek perintis yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan negeri itu mampu berdaya maju serta berdaya saing kerana permintaan tinggi terhadap pokok ini.
Datuk Seri Haji Ahmad Said

Sehubungan itu pada projek kedua, benih pokok dari spesis `aqilaria malaccensis’ telah ditanam pada awal bulan lalu dan kini kira-kira 20,000 anak pokok selesai ditanam dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi. Tanaman ini mampu memberikan pulangan lumayan, walaupun terpaksa menunggu antara enam atau tujuh tahun baharu boleh mendapatkan hasil. Penjagaannya juga tidak rumit malah boleh ditanam dalam skala kecil dan bila mencapai usia lima tahun akan disuntik dengan sejenis cecair atau dipanggil proses `inokulasi’ untuk memberikan kesakitan dan mengeluarkan resin (dammar). Namun begitu, Jabatan Perhutanan negeri terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan cecair bagi kegunaan pokok gaharu.

Kini  Ladang Hutan dengan kerjasama Terengganu Teknologi telah berada di peringkat awal kejayaan membiak beberapa spesis mikrob yang digunakan untuk inokulasi pohon karas dengan hasrat membantu petani mendapat sumber inokulum dengan harga rendah. Kepada yang berminat mengtahui perkembangan inokulum yang dibiak di Ladang Hutan ini, boleh hubungi Haji Wahab di talian 019-9215552

Wednesday, December 19, 2012

Hasil Gaharu Inokulasi Paku Buluh

Gambar yang dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ini menunjukan keratan rentas pada batang karas yang telah berjaya menghasilkan gaharu matang dalam masa 18 bulan. Kelihatan paku buluh masih terlekat pada batang pokok karas dimana gaharu dihasikan di sekeliling paku buluh atau bamboo stick yang mengandungi mikrob  setelah dirawat sebelum digunakan.

Kelihatan bentuk gaharu yang dihasikan menyami bentuk gaharu yang dihasikan secara semula jadi pada pokok gaharu yang tumbuh secara liar. Gaharu bentuk ini lebih diminati pembeli kerana gaharu bentuk ini telah diurusniaga sebelum pokok karas ditanam secara kebun atau ladang.

Penemuan teknik ini memberi harapan baru kepada industri pekebunan atau perladangan gaharu mendapat pulangan kepastian dari setiap pokok karas yang ditanam dapat penghasilan gaharu berkualiti dalam jangka masa yang singkat, disamping senang untuk dipasarkan.

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH


Teknik ini mampu memberi pulangan yang baik kerana 18 bulan setelah inokulasi setiap lubang/stick mampu menghasilkan 20 hingga 30 gm gaharu yang matang. Gambar diatas kelihatan buluh yang dirawat dan siap untuk digunakan dalam proses inokulasi. Gambar kanan bawah pula kelihatan gaharu telah dihasilkan ditempat stick bluh dipaku pada batang pokok karas.

Buluh adalah satu tumbuhan yang sesuai untuk pembiakan mikrob serta mampu menjadi habitat mikrob. Buluh mesti dirawat terlebih dahulu bagi memastikan ia mengandungi mikrob sebelum dicucuk atau di paku ke batang pokok karas.

Info ini dterima daripada Haji Azmi Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu yang mepunyai pengalaman dalam mengurus Pusat Penyelidikan Karas Terengganu di Hutan Simpan Merchang, Terengganu.

Tuesday, December 18, 2012

INOKULASI GAHARU TEKNIK PAKU BULUH

Teganu Teknologi telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Azmi Nordin Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu bagi mendapatkan informasi mengenai teknik terbaru yang berkesan dalam menghasikan gaharu bagi pokok karas yang ditanam. Teknik ini dinanam ' induser bamboo stick' atau teknik paku buluh yang sesuai untuk karas yang ditanam secara kebun atau ladang.

Haji Azmi memaklumkan bahawa kajian mengenai ternik ini telah dijalankan di Vietnam dan telah berjaya memberi pulangan yang baik dalam masa yang singkat. Seterusnya beliau membekalkan kepada Teganu Teknologi banyak keping gambar yang berkaitan dengan teknik ini.sebagaimana gambar salah satu nya sebagaimana  dibawah.


Haji Azmi juga maklumkan teknik ini diaplikasikan dengan menebuk lubang pada batang pokok bersaiz lebih kurang 6 mm dengan jarak antara lubabg antara 4 hingga 6 inci. Bamboo Stick dimasukan kedalam lubang seperti memasukan paku dalam lubang yang didrill. 

Haji Azmi menambah lagi bamboo stick juga boleh terus dipaku pada pokok gaharu kerana batang pokok karas yang lembut. Kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak memerlukan mesin drill bekalan letrik ata membawa jenerator.

Hji Azmi terus memaklummkan bawa hasil gaharu daripada teknik ini mempunyai bentuk yang seakan-akan gaharu yang dihasilkan secara semula jadi yang boleh meningkatkan permintaan dan harga.

Sunday, December 2, 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012, SAMBUTAN HANGAT!!!

MAHA 2012 merupakan satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian, Industri Asas Tani (IAT), Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Pameran terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2012 siri ketujuh ini menyajikan pelbagai tarikan dan program menarik sepanjang 10 hari, acara dwi tahunan anjuran MARDI diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang & menarik jutaan pengunjung yang hadir.

MAHA kali menawarkan pelbagai tarikan baru, antaranya labu paling besar dari Cameron Highlands di Laman Sayur, selain rangka ikan paus Brydes yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah, pada Februari 2011 di Laman Perikanan.

Di Laman Florikultur pula beraneka bunga dihias cantik berkonsepkan taman perkahwinan diwujudkan untuk pasangan pengantin baru untuk merakam saat indah perkahwinan mereka.

Turut menjadi tarikan, lelongan sejuta jagung, lelongan haiwan ternakan dan lelongan sayur-sayuran segar dan sihat.

MAHA 2012 telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak.

 Kelapa  Sawit yang dikahwinkan antara Dura dan Pisifera dan menghasilkan Tenera

Buah yang menarik perhatian di ukir Nama Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak