Tuesday, April 2, 2013

TERENGGANU DALAM PROSES HASIL INOKULUM GAHARU UNTUK BANTU PETANI

Dato' Seri Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu telah mengarahkan Jabatan Perhutanan negeri Terengganu mewujudkan ladang gaharu kedua seluas 50 hektar di kawasan Hutan Simpan Mercang, Marang yang boleh memuatkan 40,000 anak pokok gaharu (karas).Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur, projek perintis yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan negeri itu mampu berdaya maju serta berdaya saing kerana permintaan tinggi terhadap pokok ini.

Sehubungan itu pada projek kedua, benih pokok dari spesis `aqilaria malaccensis’ telah ditanam pada awal bulan lalu dan kini kira-kira 20,000 anak pokok selesai ditanam dan bakinya dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Ahmad maklumkan tujuan penyelidikan ini adalah untuk mendapat maklumat bagi disalurkan teknologi kepada petani memandangkan karas mampu memberikan pulangan lumayan, walaupun terpaksa menunggu antara enam atau tujuh tahun baharu boleh mendapatkan hasil. Penjagaannya juga tidak rumit malah boleh ditanam dalam skala kecil dan bila mencapai usia lima tahun akan disuntik dengan sejenis cecair atau dipanggil proses `inokulasi’ untuk memberikan kesakitan dan mengeluarkan resin (dammar).

Namun begitu, Jabatan Perhutanan negeri terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan inokulun bagi kegunaan pokok gaharu.Selaras dengan itu Pegawai Kanan Jabatan telah mengadakan lawatan ke Vietnam baru-baru ini bagi meninjau penggunaan bahan tersebut di negara berkenaan meninjau petani di Vietnam menggunakan inokulun untuk kegunaan pokok karas dalam menghasilkan gaharu.

Atas dorongan daripada Ahmad, kini Terengganu Teknologi dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri, Pengurusan Ladang Karas telah berada di peringkat awal kejayaan membiak beberapa spisis mikrob yang digunakan untuk inokulasi pohon karas.Kejayaan ini bakal membuka ruang kemudahan kepada petani tempatan mendapat mmenafaat. Kepada yang berminat mengtahui perkembangan inokulum yang dibiak di Ladang Hutan ini, boleh hubungi Haji Wahab di talian 019-9215552

No comments:

Post a Comment