1. MAKLUMAT ASAS
Baja organik adalah baja campuran yang berasal dari pelbagai bahan organik (semulajadi) yang telah mengalami proses pereputan, sehingga menjadi bahan yang mempunyai perbandingan C/N yang rendah hampir C/N Tanah.

Baja organik merupakan baja dengan
bahan semulajadi dalam jumlah dan jenis unsur mikro yang terkandung secara
semulajadi. Baja organik merupakan bahan merawat tanah yang paling baik
berbanding baja kimia yang akhirnya merosakkan tanah.
Baja Organik sangat penting bagi tanah pertanian antara lain :
a. Memperbaiki sifat tanah, menjadi gembur dan dengan pengudaraan dan saliran yang baik.
b. Meningkatkan kesetabilan tanah dan memegang air, sehingga dapat mencegah hakisan.
c. Memperbaiki sifat kimia tanah, ia itu meningkatkan kapasiti kesuburan.
d. Asid umid dapat membantu meningkatkan proses penguraian mineral.
e. Memperbaiki sifat biologi tanah, iaitu mempercepat pembiakan fungi, bakteria, mikro flora dan mikro fauna tanah dll.

II. MEMPROSES BAJA ORGANIK
a. Bahan-bahan dan alat :
- Tahi lembu sebanyak 300 kg
- BahanSisa kumbahan kilang sawit/Jerami padi / rumput kering sebangak 200 kg
- Dedak sebanyak 20 kg
- EM.4/MM1 sebanyak 50 sudu makan
- Gula pasir /Molases sebanyak 20 sudu makan
- Air biasa lebih kurang 20 liter
- Tangki , penebok, parang, sekop
- Kanvas / Pelastik sebagai penutup.
b. Cara Membuat
- Sisa kilang sawit/Jerami padi atau rumput dipotong-potong atau dihancur kecil-kecil dengan ukuran kira-kira 5 - 10 cm .
- Larutkan EM.4/MM1 sebanyak 50 sudu
makan dan gula pasir 20 sudu makan kedalam air sebanyak 20 liter , kacau sampai
merata.
- Tahi lembu kering (300 kg) jerami / rumput/limbah sawit (200 kg) dan dedak (20 kg) dicampur rata .
- Campuran EM.4/MM1, gula/molasses dan air sambil dikacau dan siramkan secara
perlahan-lahan ke campuran diatas hingga rata.
- Buat busut setinggi 15 - 20 cm diatas lantai.
- Selanjutnya setelah dibuat gundukan tutup dengan plastik atau kanvas lalu diletak atap sebagai perlindungan .
- Periksa suhu busut ( di pantau sehingga 40-
50o C ), bila suhu melebihi diadukkan dan dibalik kemudian tutup kembali.- Buat busut setinggi 15 - 20 cm diatas lantai.
- Selanjutnya setelah dibuat gundukan tutup dengan plastik atau kanvas lalu diletak atap sebagai perlindungan .
- Setelah tujuh hari baja organic bermikrob EM sudah jadi dan siap untuk di gunakan.
- Hasil uji makmal:-
PH : 7,02
Kelembapan : 11.24 %
Nitrojan (N) : 0.72 %
Posfat (P2O5) : 0.69 %
Pottasiam (K2O5) : 0.78 %
Karbon (C.Organik) : 6.25 %
C/ N Ratio : 8.68
Baja organik ini sesuai untuk pokok gaharu dan semua tanaman.
No comments:
Post a Comment