Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru'
 yang bermaksud kayu berat(tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau 
resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu 
dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, oud
 dan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, 
aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 
15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan 
dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.

Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan 
Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menerokai satu bidang 
kekayaan baru dengan menubuhkan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang 
dengan keluasan 47 hektar dan telah ditanam dengan 40,000 pokok karas. 
Projek perintis ini diharap akan menjadi satu sumber baru untuk menjana 
pendapatan hasil negeri disamping menjadi satu projek contoh di 
Semenanjung Malaysia.
 
 Satu Pusat Penyelidikan Karas juga telah ditubuhkan bertujuan untuk membuat kajian:-
•Kajian menghasilkan  teknik Inokulen dan Penyulingan 
•Kajian lanjut tentang jenis-jenis penyakit dan rawatan 
•Kajian lanjut tentang kesesuaian tanah dan jenis pembajaan.
•Kajian untuk menghapuskan A.MANGIUM
•Kajian tentang pulangan masa depan(IRR)
  Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang 
dengan keluasan 47 hektar
 Ladang Karas yang baru di buka untuk tapak semaian Karas
 Tapak Semaian Karas sebelum di pindahkan ke ladang
 Keadaan Ladang Karas yang dijaga & pokok mula di tanam pada 11 april 2011
Buah Karas yang dijadikan sebagai benih pokok semaian
Pokok yang berusia 3 atau 4 tahun di inokulun untuk penghasilan gaharu
Inokulun atau Vaksin yang digunakan untuk menghasilkan gaharu
Pokok Karas yang dikoyak kulit bagi proses inokulasi dengan cara sapuan dibatang pokok
Pokok Candang yang tidak perlu di Inokulasi untuk dapatkan gaharu, di hasilkan secara semulajadi apabila matang 
Pokok yang telah mengeluarkan Gaharu setelah setahun di Inokulasi ditebangkan untuk mendapatkan hasil

 Karas yang di tebang menghasilkan Gaharu 
Contoh Gaharu yang telah dihasilkan melalui Inokulasi
Contoh Gaharu yang telah dihasilkan melalui Inokulasi
 Teh Herba yang dihasilkan oleh daun pokok Gaharu